TESTIMONI BERTULIS

 

TESTIMONI PESAKIT MASALAH BUAH PINGGANG

NAMA : PN. FAUZIAH BT ABDUL RAHMAN
UMUR : 51 TAHUN

Semenjak lahir saya sudah mengalami masalah buah pinggang (polysystic kidney disease) dimana kedua-dua belah buah pinggang saya mengalami masalah. Semenjang tahun 1984 hingga 2011 saya menerima rawatan di UM. Sepanjang waktu itu, saya selalu MC kerana keletihan akibat dialisis dan saya juga pernah membuat pembedahan di kepala. Sehinggalah pada September 2011, saya berada di peringkat ‘endstage’ dialisis. Keadaan saya ketika itu amat lemah. Badan dan muka pucat, berat badan turun, selera makan tiada, sukar hendak berpeluh dan kuku saya mula reput. Saya menjalani dialisis 3 kali seminggu ketika itu. Pada Jun 2012, saya mula mengambil Al Manna. Sedikit demi sedikit saya mula merasa perubahan sehinggalah Disember 2012. Saya dapati saya lebih bertenaga dan sudah boleh ke kerja setiap kali menjalani dialisis. Doktor mengatakan hemoglobin saya meningkat dan saya dapati kulit muka dah tak pucat dan saya sudah boleh berpeluh. Januari 2013 saya sudah mula berhenti mengambil ubat rekomen dan venophon. Pemakanan Al Manna ini membuatkan iron dalam darah saya bertambah. Yang paling saya bersyukur ialah saya hanya perlu menjalani dialisis 2 kali seminggu sebelum 3 kali seminggu. Sekarang saya tidak lagi mengambil MC setiap kali menjalani dialisis kerana badan rasa lebih bertenaga. Saya mula mengubah pengambilan Al Manna dan Tayebat untuk mendapat lebih khasiat daripada kedua-dua produk ini. Selera makan saya kini bertambah setelah mengambil Al Manna dan Tayebat namun saya masih menjaga kuantiti makanan yang diambil. Saya juga dapati kompleksion kulit saya makin baik. Dulu ia kering dan bersisik. Saya mengamalkan memakan Al Manna dan Tayebat 2 kali sehari. Saya akan terus memakan Al Manna dan Tayebat ini kerana ia telah terbukti berkesan kepada saya. Alhamdulillah sepanjang saya mengambil Al Manna dan Tayebat tiada kesan sampingan yang saya rasai. Saya rasa dari terus bergantung pada ubat hospital lebih baik saya ambil saja produk ini untuk kesihatan yang berkekalan.

 

TESTIMONI PESAKIT KANSER PAYUDARA

NAMA : PN. FATMAH HJ. MAHMOOD

Saya seorang pegawai Kerajaan. Pada akhir Julai 2011, doktor telah mengesahkan yang saya menghidap kanser payudara tahap 3. Setelah menjalani pembedahan dan rawatan iaitu kimoterapi (6 pusingan) dan radioterapi (sebanyak 24 kali) lebih kurang selama 13 bulan, doktor memberitahu yang saya boleh mula bekerja. Mungkin kerana penat bekerja ditambah dengan tension disebabkan trafik jam semasa pergi dan balik dari pejabat, saya mula merasa penat dan mengantuk, sama seperti apa yang saya rasa sebelum menjalani rawatn kanser dahulu. Saya mula tercari-cari produk natural kerana bimbang terjadi metastasis iaitu sel kanser merebak ke organ yang lain. Alhamdulillah saya diperkenalkan dengan Al Manna dan Tayebat oleh seorang kawan pada awal tahun 2013 ini. Saya amat bersyukur dengan mangambil Al Manna dan Tayebat mengikut dos yang disarankan setiap hari, saya mula merasa segar dan sihat. Baru-baru ini, ujian mamogram saya didapati negatif dari sebarang ketumbuhan kanser baharu. Ramai kenalan saya mengatakan muka saya kelihatan merah dan tidak pucat seperti dahulu, dan tidak nampak seperti pesakit kanser. Yang amat menggembirakan saya, kompleksion muka saya menjadi lebih licin, halus dan bersih berseri seperti mengambil kologen. Ini mungkin disebabkan oleh kandungan nutrisi asli terdapat dalam Al Manna itu yang menjadikan muka dan kulit saya nampak halus bersih dan berseri. Suami dan anak saya juga mengambil Al Manna untuk dijadikan sebagai suplemen harian.

 

TESTIMONI PESAKIT ARTHRITIS

NAMA : PN. HAJJAH NORMAH BINTI MOHD ALIDAN
UMUR : 59 TAHUN

Saya seorang yang tidak pernah mempercayai mana-mana produk kesihatan yang diperkenalkan oleh sesiapa pun kerana mereka sentiasa menyatakan produk mereka yang terbaik. Sebenarnya, saya menghidapi penyakit arthritis selama beberapa tahun dan hanya makan ubat yang disyorkan oleh doktor serta menerima rawatan fisioterapi. Namun demikian, penyakit itu cuma reda sekejap sahaja. Saya diperkenalkan kepada produk Al Manna dan Tayebat oleh seorang doktor dan berdasarkan penjelasan beliau, saya merasakan bukti-bukti sains yang didedahkan masuk akal. Oleh sebab itu, saya telah makan Al Manna dan Tayebat sejak 18 Mac 2012. Selepas 3 bulan, saya dapat merasakan perubahan terhadap diri saya dan kesakitan akibat arthritis yang saya rasakan selama ini telah banyak berkurangan. Saya boleh berjalan di shopping mall untuk masa yang lama. Turun dan naik tangga juga tiada masalah lagi dan badan saya merasa ringan. Tambahan pula saya dapat rasakan tahap tenaga saya semakin meningkat meskipun umur saya hampir mencecah 60 tahun. Saya ingin mengesyorkan sesiapa yang menghidapi penyakit seperti saya agar mencuba Al Manna dan Tayebat, mana lah tahu ia akan berkesan untuk mereka seperti ia berkesan untuk saya.

 

TESTIMONI PESAKIT URAT SARAF DAN KEBAS

NAMA : PN. SHARIFAH SALBIAH
UMUR : 55 TAHUN

Saya telah beberapa tahun menghidapi masalah urat saraf yang menyebabkan tangan saya kebas, tidak boleh menggenggam atau menepuk tangan. Saya juga mengalami kebas kaki apabila bangun tidur setiap pagi dan hanya boleh bangun dari katil selepas berehat dalam 10 hingga 20 minit. Saya sering berulang ke hospital untuk mengambil ubat bagi melegakan kesakitan ini. Walau bagaimanapun kesakitan masih tidak pulih dan sering berulang. Tetapi setelah diperkenalkan dengan Tayebat, masalah kebas dan urat saraf saya telah sembuh walaupun baru 3 minggu menggunakannya. Saya juga amat gembira kerana tangan saya sudah boleh digerakkan tanpa masalah kebas dan kesakitan lagi. Bangun tidur pun sudah tiada masalah kesakitan pada sendi kaki lagi. Selera pun semakin baik. Alhamdulillah kerana bertemu dengan makanan yang baik ini.

 

TESTIMONI MASALAH BISA-BISA KAKI DAN SENDI

NAMA : PN. RAMLAH BT MALEK
UMUR : 51 TAHUN

Saya mengalami masalah bisa-bisa kaki dan sendi hampir 3 tahun, ia menganggu segala rutin harian saya seperti memasak, kemas rumah dan mencuci pakaian. Kadang-kadang kalau terlalu sakit, sepanjang hari saya tidak dapat menjalankan rutin harian dan hanya mampu berbaring sahaja dan menahan sakit. Kemudian saya telah mencuba produk dari natural prebiotic iaitu Al Manna dan Tayebat dalam masa 2 minggu sahaja bisa-bisa pada kaki dan sendi terus hilang. Walaupun saya sudah sembuh, saya tetap mengambil Al Manna dan Tayebat kerana ianya memberi saya tenaga sepanjang hari.

 

TESTIMONI PESAKIT ASTHMA (Lelah)

NAMA : PN. ASMAH
UMUR : 64 TAHUN

Saya berumur 64 tahun menghidap penyakit asma selama 30 tahun. Saya telah mencuba berbagai perubatan untuk penyakit ini. Dari ubatan hospital hingga tradisional telah saya cuba tetapi kesannya tetap sama, sehinggalah saya disyorkan mengambil Al Manna dan Tayebat. Setelah mengamalkannya dalam masa 3 bulan, asma saya berkurangan sehinggalah sekarang hampir setahun mengambilnya asma saya pulih sepenuhnya. Alhamdulillah.

 

TESTIMONI PESAKIT MASALAH PROSTAT

NAMA : EN. AZIS
UMUR : 35 TAHUN

Saya telah disahkan menghidapi masalah prostat oleh doktor pakar selama 4 tahun. Kekerapan membuang air setiap 3 minit dan tidak dapat menahan kencing memberi masalah kepada rutin harian saya. Saya diperkenalkan dengan Al Manna beberapa bulan yang lepas. Selepas 2 bulan pengambilan Al Manna secara teratur, saya mula merasakan perubahan, saya tidak lagi kerap membuang air. Malah saya mula menyedari yang saya sudah boleh melakukan solat Jumaat dengan lebih selesa dan boleh menahan kencing selepas 3 jam. Perubahan ini amat menggembirakan saya dan saya akan meneruskan pengambilan Al Manna untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan saya

Scroll To Top