SOALAN LAZIM

 

1. Apakah Probiotik & Prebiotik? 

PROBIOTIK: Merupakan bakteria baik didalam usus manusia, menjalankan aktiviti-aktiviti seharian manusia seperti sistem percernaan, sistem imunisasi dan sebagainya. Oleh itu penting untuk kita menjaga probiotik didalam usus untuk menjadi lebih sihat.

PREBIOTIK: Merupakan makanan kepada Probiotik untuk bakteria-bakteria menjalankan fungsi mereka.Al Manna & Tayebat mengandungi kandungan Prebiotik tertinggi di dunia dan mampu menambahkan taraf kesihatan pengguna.


 

2. Apakah perbezaan Al Manna & Tayebat dengan produk gam arabik syarikat lain? 

Al Manna dan Tayebat berbeza dengan gam arabik yang terdapat dipasaran luar. Al Manna dan Tayebat berjaya mengekalkan kandungan prebiotik sebanyak 85% mengikut proses yang telah dipatenkan di Sudan. Cara yang lain dalam pemprosesan seperti ‘Spray dry’ meungkin mengakibatkan kandungan prebiotik dan kandungan lain tidak dapat dikekalkan.

 

3. Apakah gred gam arabik yang digunakan di dalam Al Manna & Tayebat? 

Al Manna & Tayebat adalah dari gred yang TERBAIK, tidak sama dengan prebiotik yang digunakan sebagai penstabil atau kod E414. Al Manna & Tayebat telah melalui proses pembersihan dan pemprosesan yang dipatenkan menggunakan teknologi terkini. Prebiotik juga dipetik daripada kawasan yang dijaga dan kami mempunyai teknik tersendiri yang memainkan peranan dalam gred dan kualiti prebiotik.

 

4. Adakah produk ini diiktiraf seperti oleh KKM, HALAL & sebagainya? 

Al Manna dan Tayebat telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai makanan dengan nombor rujukan (19)dlm.KKM-163/S/94jld.4. Juga mendapat logo HALAL daripada JAKIM dan dikilangkan mengikut ‘Islamic Manufacturing Practice’ (IMP). Dimana cara pengilangan dan pembungkusan Al Manna & Tayebat adalah secara Islamik yang menjadi salah satu faktor dalam penambahbaikan tahap kesihatan pesakit.

 

5. Apakah perbezaan Al Manna & Tayebat? 

Kedua-dua produk ini berasaskan gam arabik dari pohon akasia. Al Manna adalah daripada species acacia senegal dan Tayebat adalah campuran dari dua spesis, acacia senegal dan acacia seyal. Al Manna dan Tayebat mempunyai bentuk, rasa dan khasiat yang berbeza.

 

6. Apakah kandungan Al Manna & Tayebat? 

Al Manna dan Tayebat mengandungi 85% prebiotik, serat larut ‘soluble dietry fiber, kalsium yang tinggi, asid amino yang lengkap dan lain-lain mineral yang diperlukan untuk keperluan seharian.

 

7. Adakah Al Manna & Tayebat Mengandungi antibiotik, bahan kimia atau dadah terlarang? 

Tidak, Al Manna dan Tayebat adalah semula jadi dan organik. Produk ini adalah bebas dari bahan kimia dan pengawet terlarang. Kajian juga telah dijalankan keatas produk bagi menunjukkan bahawa produk ini adalah selamat seryta telah diluluskan oleh KKM sebagai makanan.

 

8. Apakah fungsi Al Manna & Tayebat? 

Al Manna: Menyejukkan, melicinkan dan menyeimbangkan. Sesuai untuk penyakit seperti Sembelit, Kolestrol, Gout, Obesiti, dan Kegagalan Buah Pinggang.

TAYEBAT: Mempunyai ciri-ciri anti-radang, anti cirit-birit, anti-penat, anti-alergik, merangsang selera makan dan penyakit yang berkaitan dengan sistem saraf. Juga disyorkan untuk pesakit angin ahmar, sakit sendi, dan demam selesema.

 

9. Adakah Al Manna & Tayebat ini menyembuhkan? 

Al Manna & Tayebat merupakan makanan kepada bakteria baik didalam usus yang  meningkatkan sistem pertahanan badan. Al Manna & Tayebat juga memberi pelbagai manfaat lain dalam memperbaiki taraf kesihatan pengamal.

 

KETAHUILAH BAHAWA PRODUK INI ADALAH SATU-SATUNYA PRODUK MAKANAN KESIHATAN YANG MENDAPAT SOKONGAN DOKTOR-DOKTOR PAKAR DI MALAYSIA

 

10. Apakah cara kegunaan lain bagi produk?

Al Manna dan Tayebat juga boleh ditaburkan di atas masakan, boleh dijadikan mask wajah dan boleh ditaburkan di atas luka yang terbuka.

 

11. Berapakah peringkat umur yang boleh mengamalkan Al Manna & Tayebat? 

Al Manna & Tayebat sesuai dan disyorkan untuk semua peringkat umur, daripada bayi yang lepas menyusu sehungga warga emas yang berumur 70 tahun keatas.

 

12. Bolehkah Al Manna & Tayebat di makan ketika hamil? 

Ianya selamat dan sangat disyorkan terutamanya kepada wanita hamil. Mengandungi kalsium yang tinggi, membantu menambahkan tenaga serta amino asid lengkap untuk pembentukan kandungan.

13. Bolehkah produk diambil bersama ubatan atau supplement yang lain? 

Al Manna & Tayebat telah dilulusakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai makanan. Ianya selamat dimakan bersama ubatan yang telah diberikan, kami sarankan agar mengikut sebarang aturan dan nasihat daripada Doktor. Pada pandangan kami, tidak digalakkan diambil bersama makanan tambahan yang lain.

 

14. Bolehkah berhenti ubatan yang diberikan oleh Doktor dan hanya mengambil Al Manna & Tayebat? 

Pengawasan kesihatan dan pengambilan ubatan daripada Doktor adalah penting untuk dipatuhi. Pengambilan ubatan haruslah seiring dengan pemakanan Al Manna dan Tayebat sebagai makanan kesihatan tambahan kepada pesakit. Doktor akan mengikuti rekod kesihatan pesakit dan akan menurunkan pengambilan ubatan mengikut penambahbaikan kesihatan pesakit selepas Al Manna & Tayebat bertindak baik di dalam tubuh.

 

15. Perlukah saya mengambil kedua-duanya Al Manna & Tayebat, ataupun salah satu sudah mencukupi? 

Pengambilan Al Manna & Tayebat bergantung kepada jenis penyakit yang dihadapi dan tujuan pengambilan. Sekiranya untuk kesihatan Umum, boleh mengambil salah satu Al Manna atau Tayebat. Tetapi lebih disyorkan untuk mengambil keduanya bagi pesakit kronik atau mengikut nasihat daripada pakar Al Manna & tayebat kami.

 

16. Adakah dosage pengambilan berbeza untuk setiap umur?

Dosage pengambilan biasa adalah 3 sudu kecil untuk setiap bancuhan. Tetapi bagi yang berusia 10 tahun kebawah dan warga emas yang berusia 70 tahun keatas, dosage yang dicadangkan adalah 1 sudu kecil untuk setiap bancuhan.

 

17. Mengapa hanya 1 sudu yang disarankan untuk pesakit atas daripada 70 tahun? 

Dosage yang dicadangkan adalah untuk rujukan pengguna, disebabkan faktor usia pengambilan 1 sudu kecil sudah mencukupi untuk kesan optimum.

 

Scroll To Top