Al MANNA & TAYEBAT

Bakteria Baik

Probiotic. ANR green distribution

Probiotik Pada akhir tahun 1800, Louis Pasteur dan ahli sains lain telah mengemukakan teori tentang kuman (germ theory). Antibiotik telah digunakan dengan jayanya untuk merawat penyakit akibat jangkitan kuman sejak akhir Perang Dunia ke 2. Namun selepas tahun 1960, seiring dengan kejayaan kibar bendara antibiotik mengalahkan kuman, berlaku peningkatan mendadak penyakit kronik yang tiada kaitan dengan kuman seperti alahan dan athma. Negara maju seperti USA, UK, Ireland, Australia, New Zealand dan Canada yang sangat menjaga kebersihan mencatatkan kadar pesakit athma tertinggi di dunia. Anehnya negara mundur seperti Afrika tidak mengalami masalah ini.7 Pada awal 1900, Ilya Mechnikov pemenang hadiah Nobel dalam imunilogi menemukan rahsia panjang umur petani Bulgaria walaupun mereka hidup dalam keadaan yang serba mundur. Diet mereka terdiri daripada makanan yang melalui proses penapaian (fermentation) seperti yogut dan keju. Ia mengandungi bakteria baik yang beliau namakan Lactobacillus bulgaricus. Bakteria baik adalah probiotik. Probiotik terdiri daripada 2 perkataan iaitu pro bemakna menyokong dan biotik bermakna kehidupan. Ia adalah lawan kepada antibiotik iaitu anti lawan dan biotik kehidupan. Populasi probiotik harus cukup banyak untuk mencapai kesihatan yang optima. Bayi mendapat probiotik daripada susu ibu. Orang Jepun ambil probiotik dengan minum Yakult yang dihasilkan oleh ahli sains Jepun Minoru Shirota pada 1930. Ia mengandungi bakteria Lactobacillus casei Shirota. Kalau sakit perut, cubalah probiotik sebagai ganti antibiotik. 8 Probiotik seperti Lactobacillus acidopilus, L. Bulgaricus, Streptococcus thermophilus dan Bifidobacteria membantu proses penghadaman sebelum sampai ke usus.9 Jadi kombinasi enzim dan probiotik adalah tiket untuk merawat banyak masalah berkaitan perut.

Scroll To Top