Al MANNA & TAYEBAT

ENZIM

the enzyme factor. anr green distribution.

Punca penyakit adalah daripada perut1 seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Al-Dailami: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” Dr. Hiromi Shinya seorang pakar gastroenterologi dalam buku The Enzyme Factor mengatakan bahawa kesihatan manusia adalah ditentukan oleh enzim.2 Buku beliau dalam versi bahasa Jepun terjual sebanyak 2 juta naskhah dalam masa beberapa bulan. Sarannya, makanlah makanan segar kerana ia mengandungi enzim. Beras putih, daging proses, masakan yang dimasak berlebihan pada suhu tinggi, semuanya sudah kehilangan enzim. Makanan yang kehilangan enzim adalah makanan mati (dead food) yang membawa kepada seribu satu penyakit. Beliau telah memeriksa perut dan usus lebih 300,000 pesakit. Seorang yang sihat mempunyai keadaan dalaman perut dan usus yang bersih dan cantik.3 Jadi saran beliau: kunyah-kunyah-kunyah sampai 30 hingga 50 kali sebelum telan, supaya makanan lumat dan mengandungi enzim.4 Bukan itu sahaja, kunyah dengan sempurna akan membunuh parasit dalam mulut.5 Bukankah ini yang dianjurkan oleh Nabi. Bukankah ini yang pertama dilakukan pada bayi yang baru lahir iaitu ditahnik yakni menyuapkannya dengan sedikit tamar yang sudah dikunyah. Bila usia meningkat, banyak yang tak boleh dimakan sebab angin atau perut sudah tidak boleh terima. Ini berlaku kerana enzim penghadaman sudah menurun. Untuk membantu proses penghadaman, ambillah enzim yang banyak dijual sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Scroll To Top