Al MANNA & TAYEBAT

Bakteria Jahat

mati-makan-kenduri. anr distribution

99% hidupan mikro dalam usus manusia adalah bakteria, selebihnya 1% adalah kulat dan parasit. Ada bakteria jahat dan ada bakteria baik. Bakteria jahat menjadikan kita sakit. Pada 30 September 2013, akhbar melapurkan 3 maut dan 60 lagi dimasukkan ke hospital kerana keracunan makanan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Huma Tanjung Dawai, Merbok, Kedah. Puncanya adalah ayam masak merah yang telah dicemari bakteria Salmonella. Pada 2004, Wall Street Journal melaporkan sebanyak 118,000 orang jatuh sakit setahun di USA disebabkan oleh telor ayam yang dicemari bakteria Salmonella. 6 Jadi berhati-hatilah bila makan ayam dan telor ayam. Bakteria ini membiak dengan kadar yang sangat cepat jika ayam mentah dibiarkan terdedah terlalu lama pada suhu biasa. Bakteria E.coli akan membiak 2 kali ganda dalam masa 20 minit pada suhu biasa. Jadi pastikan daging atau ayam disimpan pada suhu sejuk beku. Bila sakit, doktor akan beri antibiotik yang akan membunuh bakteria jahat. Penggunaan antibiotik dalam bidang perubatan bermula pada tahun 1950an selepas penemuan penisilin oleh Fleming, Florey dan Chain. Di samping membunuh bakteria jahat, antibiotik juga membunuh bakteria baik. Lebih malang lagi banyak makanan kita sarat dengan antibiotik. Ayam dan telor, haiwan ternak yang menghasilkan daging dan susu semuanya disuntik antibiotik. Di Amerika misalnya pada tahun 2000, 36% peratus penggunaan antibiotik adalah dalam bidang pertanian. Perlepasan air kumbahan yang sarat dengan sisa antibiotik menjadi sumber air yang menyerap dalam tanaman dan sayuran. Jadi antibiotik daripada makanan yang kita makan sehari-hari inilah yang paling banyak membunuh bakteria baik dalam badan manusia. Menyedari akan kesan buruk antibiotik, beberapa negara mengharamkan pengunaannya dalam haiwan ternak, misalnya Sweden pada tahun 1986, Denmark pada 2000 dan Kesatuan Eropah pada 2006.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Scroll To Top